awal pagi
YM kubuka
dia ada ditalian
'awal bangun. kau baru tiba ditanahairmu?'
'malam tadi aku sampai'
'oh. kau masih terganggu dengan beza zon masa?'
'tidak. sukar tidur kerana bilik ini terlalu terang, tidak berlangsir'
'masakan mataharimu muncul terlalu awal'
'lampu dari jiran sebelah. oh, sebenarnya aku tinggal sementara di bilik stor, K tidur dibilikku'
'oh, K menurutmu pulang?'
'ya, dia melawat orang tuaku'
'sampaikan salamku padanya'
Aku berhenti sejenak. Ku redah setiap ruang hati, mencari pasti apa perasaanku. Tiada sakit, tiada sendu. Aku biasa sahaja. Tiada rasa iri hati, tiada rasa sedih. Terdetik rasa gembira yang dia mungkin bakal bahagia selamanya di sisi K.
Aku gembira, kerana ini juga bermaksud segala luka yang dia tinggalkan di hatiku sudah sembuh.
Alhamdulillah. Syukur kerana aku tiada rasa benci.
Aku harapkan dia bahagia.
Sememangnya benar, kadangkala cinta itu bermaksud melepaskan dia pergi.
Dia, menerimanya dalam hidupku suatu ketika dulu adalah suatu kesilapanku yang terindah.
Manis.
Wednesday, November 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kerim@tm.net.mymoga cepat sembuh
email siapa itu? doktor?
Post a Comment