Aku akui, aku memang bias. Bukan biasan cahaya... maksud aku, aku cenderung membela kaumku sendiri, perempuan. Aku cuba untuk mempertahankan siapa jua yang bergelar perempuan. Kadang-kadang, rakan-rakan lelakiku mengeluh, kerana aku petah sahaja memutar fakta yang membuatkan mereka rasa bersalah kerana aku pastinya akan memenangkan perempuan. Ya, aku tidak adil, tapi aku sendiri tahu, perempuan, kadangkala pertimbangannya tersasar kerana terlalu banyak faktor. Aku sendiri, dikala hormon tidak seimbang sering kurang pertimbangan, membuat pilihan yang silap, mencetus tindakan yang lazimnya jika mengikut hukum akal tidak akan kulakukan. Tapi aku tahu semua itu tidak wajar dijadikan alasan. Aku akui perempuan ada kelemahannya (walaupun jika kau kenal aku, akulah perempuan yang kononnya serba boleh melakukan segalanya tanpa perlunya lelaki).
Dalam aku cuba untuk memenangkan kaumku sendiri, kadangkala aku terasa mahu menghantuk kepala bila mendengar keluhan dan rintihan perempuan-perempuan yang punca masalah adalah diri mereka sendiri. Aduhhhhhh. Mengapa terlalu naif? Bila mendengar kisah tipah tertipu, aku cuba untuk simpati pada tipah dan memberikan bahuku pada tipah untuk tumpang menangis , walaupun dalam hati aku terasa ingin menempeleng mana-mana tipah yang bodoh lagi dungu itu.
Terkini aku mendengar keluhan si janda muda. Merintih kerna terlalu banyak tohmahan diterima dek kerana status J itu. Ku sangkakan dia sememangnya mangsa keadaan. Namun bila ku gali cerita sebenar, aku terduduk seolah bingung. Kalau perbuatanmu sendiri mengundang tohmahan itu, apa adil kau katakan mereka itu fitnah? Kalau jalan itu kaupilih sendiri, apa salah benar mulut-mulut tempayan itu mengata? Salah mereka memang salah. Mengutuk mengata itu jelas berdosa. Tapi di mana pula tempatmu yang sememangnya melakukan perkara-perkara yang diperkatakan itu? Aku hilang punca untuk membela bila empunya diri sendiri bertindak bodoh dan tidak mahu belajar dari kesilapan lampau. Tersilap langkah sekali itu tak mengapa kerana itu peluang untuk kau mengambil iktibar dan belajar dari kesilapan. Manusia yang tidak pernah berbuat silap itu mungkin tidak pernah belajar. Tapi jika 3-4 kali kau mengulang salah itu, tiada apa yang boleh kukata kecuali BODOH.
Saturday, November 22, 2008
Saturday, November 15, 2008
7 inci

Kenapa ya manusia suka menyakitkan diri untuk cantik? Cantik ke pun?
Ku tonton berita awal pagi, ada berita fesyen terkini, 7 inci tumit terkini.
Siapa aku untuk mempertikai apa yang orang lain pakai? Aku tak pernah selesa memakai stiletto dan aku tidak pakai apa yang aku tak rasa selesa. Mungkin aku tiada 'fashion sense', aku bukan hamba pengikut trend semasa. Kalaupun aku yang pendek ini mahukan seinci dua lebih dari ketinggianku, aku lebih rasa selamat dengan 'wedge'. Itu pun, sudah 2-3 kali aku terpelecok hanya dengan ber'wedge'. Aku juga tak faham apa perlunya kasut bermuncung panjang di depan sedangkan tiada jari kaki boleh muat dimuncung itu. Oh, perhaps I'm not a refined person. (Refined? bunyinya macam tepung buat biskut).
Tapi ternyata aku rimas. Aku rimas bila aku terpaksa melalui jalan yang lebih jauh (dan bukan melalui jalan pintas) hanya kerana aku berjalan dengan perempuan-perempuan berstiletto yang tidak boleh melalui kawasan bertanah sedikit lembut. Jalan pun tak boleh laju-laju, nanti tak balance.
Aduhai perempuan.
Friday, November 14, 2008
percutian
Menonton filem 'The Holiday' di komputer riba. Tiada apa yang menarik di kaca tv.
Tertarik pada watak Iris. Ada diriku dalam wataknya.
Kata Iris, I've found almost everything ever written about love to be true. Shakespeare said "Journeys end in lovers meeting." What an extraordinary thought. Personally, I have not experienced anything remotely close to that, but I am more than willing to believe Shakespeare had. I suppose I think about love more than anyone really should. I am constantly amazed by its sheer power to alter and define our lives. It was Shakespeare who also said "love is blind". Now that is something I know to be true. For some quite inexplicably, love fades; for others love is simply lost. But then of course love can also be found, even if just for the night. And then, there's another kind of love: the cruelest kind. The one that almost kills its victims. Its called unrequited love. Of that I am an expert. Most love stories are about people who fall in love with each other. But what about the rest of us? What about our stories, those of us who fall in love alone? We are the victims of the one sided affair. We are the cursed of the loved ones. We are the unloved ones, the walking wounded. The handicapped without the advantage of a great parking space! Yes, you are looking at one such individual. And I have willingly loved that man for over three miserable years! The absolute worst years of my life! The worst Christmas', the worst Birthday's, New Years Eve's brought in by tears and valium. These years that I have been in love have been the darkest days of my life. All because I've been cursed by being in love with a man who does not and will not love me back. Oh god, just the sight of him! Heart pounding! Throat thickening! Absolutely can't swallow! All the usual symptoms.
Akulah itu, 'si cacat' tanpa kemudahan tempat letak kereta istimewa.
Pesan Arthur Abbot pada Iris: Iris, in the movies, we have leading ladies and we have the best friend. You, I can tell, are a leading lady, but for some reason, you're behaving like the best friend.
Aku mahu menuruti pesanan Arthur Abbot, aku perlu menjadi watak utama dalam cerita hidupku, bukannya lagi watak teman baik.
Tapi, perlukah aku menjadi 'selfish' untuk tujuan itu?

Wednesday, November 12, 2008
sembuh
awal pagi
YM kubuka
dia ada ditalian
'awal bangun. kau baru tiba ditanahairmu?'
'malam tadi aku sampai'
'oh. kau masih terganggu dengan beza zon masa?'
'tidak. sukar tidur kerana bilik ini terlalu terang, tidak berlangsir'
'masakan mataharimu muncul terlalu awal'
'lampu dari jiran sebelah. oh, sebenarnya aku tinggal sementara di bilik stor, K tidur dibilikku'
'oh, K menurutmu pulang?'
'ya, dia melawat orang tuaku'
'sampaikan salamku padanya'
Aku berhenti sejenak. Ku redah setiap ruang hati, mencari pasti apa perasaanku. Tiada sakit, tiada sendu. Aku biasa sahaja. Tiada rasa iri hati, tiada rasa sedih. Terdetik rasa gembira yang dia mungkin bakal bahagia selamanya di sisi K.
Aku gembira, kerana ini juga bermaksud segala luka yang dia tinggalkan di hatiku sudah sembuh.
Alhamdulillah. Syukur kerana aku tiada rasa benci.
Aku harapkan dia bahagia.
Sememangnya benar, kadangkala cinta itu bermaksud melepaskan dia pergi.
Dia, menerimanya dalam hidupku suatu ketika dulu adalah suatu kesilapanku yang terindah.
Manis.

Tuesday, November 4, 2008
cerita dari peti
"minda penjenayah" itu nama siri yang kutonton semalam. watak petualang itu sebenarnya mangsa. Jiwanya kacau setelah wanita tercintanya dibunuh kejam. Rindunya terubat saban kali dia menghubungi nombor telefon teman wanitanya, yang menjawab hanyalah rakaman suara lembut teman wanitanya yang meminta pemanggil meninggalkan pesanan.
Aku seolah melihat imbasan diriku dalam perlakuannya. Dia hidup dengan menghubungi pesanan suara. Aku, aku belum mampu memadam pesanan ringkas yang 'manis' ditelefon bimbitku. Sekadar mengingatkan aku, aku juga pernah mengetahui apa itu sayang yang berbalas, walau hanya sekadar waktu yang pendek. Apabila kubaca kembali, aku masih mampu tersenyum, walau cinta dan kemanisan itu bukan lagi milikku.

Monday, November 3, 2008
bubur
Wednesday, October 29, 2008
mula
Kutahu jalan berliku
Saat langkah kubuka
Harap perjalananku mudah
Pinta arahku tetap
Tiada terpesong
Saat langkah kubuka
Harap perjalananku mudah
Pinta arahku tetap
Tiada terpesong
Friday, September 12, 2008
imperata
Subscribe to:
Comments (Atom)