Saturday, November 15, 2008

7 inci



Kenapa ya manusia suka menyakitkan diri untuk cantik? Cantik ke pun?
Ku tonton berita awal pagi, ada berita fesyen terkini, 7 inci tumit terkini.

Siapa aku untuk mempertikai apa yang orang lain pakai? Aku tak pernah selesa memakai stiletto dan aku tidak pakai apa yang aku tak rasa selesa. Mungkin aku tiada 'fashion sense', aku bukan hamba pengikut trend semasa. Kalaupun aku yang pendek ini mahukan seinci dua lebih dari ketinggianku, aku lebih rasa selamat dengan 'wedge'. Itu pun, sudah 2-3 kali aku terpelecok hanya dengan ber'wedge'. Aku juga tak faham apa perlunya kasut bermuncung panjang di depan sedangkan tiada jari kaki boleh muat dimuncung itu. Oh, perhaps I'm not a refined person. (Refined? bunyinya macam tepung buat biskut).

Tapi ternyata aku rimas. Aku rimas bila aku terpaksa melalui jalan yang lebih jauh (dan bukan melalui jalan pintas) hanya kerana aku berjalan dengan perempuan-perempuan berstiletto yang tidak boleh melalui kawasan bertanah sedikit lembut. Jalan pun tak boleh laju-laju, nanti tak balance.

Aduhai perempuan.

No comments: